Get Adobe Flash player

RAMADHAN 2016 : Tadabbur Ramadhan

Tadabbur Ramadhan

Saudaraku sekalian:

Saya memandang bahawa perlu kita mengingatkan tentang masalah Ramadan, kerana kita sekarang berada di ambang pintu Ramadan dan hampir menyibukkan diri dalam kewajiban-kewajiban kita di dalamnya.

Ramadan adalah bulan barakah, rahmat dan kebahagiaan. Betapa perlunya manusia merenung sejenak untuk bersiap-siap menyambutnya disebabkan oleh kebaikan-kebaikan yang dikandungnya. Ia merupakan bulan yang dihormati di masa jahiliah dan ketika Islam datang, ia semakin dihormati dan dimuliakan. Di bulan ini, Allah SWT menurunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia. Betapa perlunya kita menenangkan dan menyedarkan jiwa tentang hak Ramadan sebelum menemuinya.

Read more: RAMADHAN 2016 : Tadabbur Ramadhan

Artikel Ulangan: Menghayati Erti Rezeki Allah

Saya ingin memberikan tazkirah untuk diri sendiri dan juga mungkin boleh diambil manfaat oleh pembaca. Ia berkaitan perkara yang asas dalam kehidupan kita, iaitu tentang rezeki ataupun dalam bahasa Arab disebut al-Rizq.

Perkataan al-Rizq atau melayu sebut rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. (lihat: Abu al-Baqa al-Kafawi, al-Kulliyyat, 472. Beirut: Muassasah al-Risalah).

Read more: Artikel Ulangan: Menghayati Erti Rezeki Allah

Ulangan: BAGAIMANA MEMUSTAJABKAN DOA BULAN RAMADHAN?

Doa! semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Read more: Ulangan: BAGAIMANA MEMUSTAJABKAN DOA  BULAN RAMADHAN?

Video Rasmi Projek Sekolah Al-Nidaa' dan Lukisan Fatimah Chik

 

 

 

embed video plugin powered by Union Development

Read more: Video Rasmi Projek Sekolah Al-Nidaa' dan Lukisan Fatimah Chik

Qurban 1434H Sumatera Indonesia