Get Adobe Flash player

PROGRAM PERKAMPUNGAN SUNNAH

 PROGRAM PERKAMPUNGAN SUNNAH

 Jabatan Mufti Perlis akan menganjurkan Program Perkampungan Sunnah sempena keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis di Masjid Alwi, Kangar pada 8 hingga 10 Mei 2015.

Program terdiri daripada kuliah, tazkirah, telaah buku, forum dan lain-lain lagi sepanjang tiga hari dan tiga malam itu melibatkan tokoh-tokoh dan pendakwah dari seluruh negara hadir.

Sebagai salah sebuah dari NGO-NGO yang dijemput bagi menyokong program ini, Al-Nidaa’ akan mengadakan lawatan ke Kangar pada 8 hingga 10 Mei 2015. 

Sebuah bas yang memuatkan 40 penumpang akan dibawa dan tempat tinggal akan disediakan dalam bentuk hotel dan homestay yang akan diaturkan dengan kerjasama Jabatan Mufti Perlis.

Bas akan bergerak dari pejabat Al-Nidaa’ jam 7.30 pagi pada 8 Mei dan bertolak pulang dari Kangar jam 12.00 tengah hari pada 10 Mei 2015.

Makanan semasa program akan ditanggung oleh Jabatan Mufti Perlis. Yang lain adalah di bawah tanggungan sendiri.

Kos penyertaan dianggarkan sebanyak RM200 seorang bagi yang menginap di homestay dan RM300 seorang bagi yang menginap di hotel.

Penyertaan

Sila SMSkan Nama Penuh dan No.KP kepada 012-2820244 dan masukkan wang ke BIMB 12047010029150. Kirimkan slip deposit ke no. telefon yang sama.

Tarikh tutup:      15 April 2015 dilanjutkan hingga 25hb APRIL 2015